Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Hafiz al-Quran Nigeria, Mokhtar Barnume dalam wawancara bersama ABNA berkata, "Akibat kehilangan maslahat diri, musuh Islam tidak reda dengan perpaduan umat Islam. Kerana ini mereka melancarkan propaganda jahat ke atas Republik Islam Iran."
Tambah beliau lagi, "Sehingga ke tahap kita menemui kabar bahawa Syiah Iran bukanlah Islam dan tidak mempunyai hubungan sedikitpun tentang Iran. Tetapi apabila saya mendengar bahawa Iran menganjurkan Musabaqah al-Qur'an dan membelanjakan dana untuk menghimpunkan para qari al-Quran, diketahuilah porpaganda itu tidak benar dan rakyat Iran adalah umat Islam dan perpaduan umat Islam adalah penting bagi mereka.
Mengulas tentang hijab wanita, beliau berkata, "Golongan ekstremis berkata kepada kita bahawa wanita Iran bebas dan keluar dari rumah sesuka hati mereka. Namun kehadiran kami di Iran kita melihat hakikatnya adalah benar-benar berbeza dari propaganda. Salah satu dari daun Republik Islam Iran ialah menukarkan persepsi saya terhadap negara ini, iaitu hijab wanita Iran yang muncul di tengah-tengah masyarakat."